Covid-19 mutasi lagi, jadi lebih kebal terhadap imunisasi

  • Post author:

Walaupun kita sudah berada di fasa endemik, perlu diingatkan yang virus Covid-19 ini tak akan pernah hilang malah akan bermutasi untuk menjadikkannya lebih bahaya. Kini saintis mememui varian baru yang dinamakan BF.7.

Varian ini akan bermutasi dan menjadi lebih kebal terhadap imunisasi. Simptom awal varian BF.7 adalah sama seperti Omicron iaitu batuk, sakit tekak, selesema dan keletihan melampau lapor Mirror UK.

Digelar sebagai ‘benih Omicron’, pakar-pakar memberi amaran varian baharu itu merebak dengan pantas dan boleh menjadi dominan dalam masa beberapa minggu lagi.

Naib Pengerusi Perubatan bahagian integriti data dan analisis Jabatan Perubatan Universiti Johns Hopkins, Dr Stuart Ray memberitahu, sub-varian itu mempunyai perubahan dalam protein ‘spike’.

“BF.7 juga mempunyai perubahan dalam jujukan nukleotida yang boleh menyebabkan ia berkelakuan berbeza daripada sub-varian lain. Namun, sejauh mana ia akan bermutasi adalah persoalan yang masih menjadi tanda tanya,” jelas Ray.

Baca Juga: 27 premis makanan diarah tutup, 224 notis kesalahan dikeluarkan

Baca Juga: Rakan terdekat beritahu ‘rider’ Grab yang maut rupanya baru 2 minggu berkahwin