Curi-curi keluar rumah, remaja tiada lesen jumpa JPJ lepas sesat guna ‘waze’

Curi-curi keluar rumah dengan menaiki motosikal abang, remaja yang baru berusia 14 tahun ini akhirnya mengundang bala buat diri sendiri. Remaja ini dikatakan sesat selepas menggunakan aplikasi ‘waze’ dan sangkut dalam sekatan jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Remaja tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal sebelum ditahan di Plaza Tol Sungai Besi, malam tadi lapor Kosmo.

Sudahlah ditahan, lesen pula tiada. Dia memaklumkan anggota di sana bahawa dia keluar dari rumah secara curi-curi menaiki motorsikal abangnya untuk ke rumah kawan di Taman Medan, Petaling Jaya.

“Ini kali kedua saya dari rumah di Semenyih pergi ke Taman Medan untuk ke rumah kawan di sana.

“Saya tersesat sebab gunakan ‘waze’ kalau tidak sebelum ini gunakan jalan pintas yang juga lebuh raya untuk pulang ke rumah saya,”

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata, seramai 98 anggota terdiri daripada JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Lebuh Raya Utara -Selatan terbabit dalam operasi itu yang bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Baca Juga: Selepas suntik ‘filler’, bibir wanita ini bengkak tiga kali ganda

Baca Juga: Nenek terkejut tengok cucu tak sedarkan diri dalam bilik air, kepala pula berada di dalam besen