Curi emas lepas pura-pura nak membeli, lelaki 21 tahun ditahan polis

Ekonomi dikatakan sudah mula stabil tapi masih ada yang mengambil jalan pintas untuk memperoleh wang dengan hasil haram dan bukannya kerana kerja keras. Seorang lelaki berpura-pura mahu membeli emas sebelum melarikan diri bersama emas yang dicurinya.

Berdasarkan video yang tular di TikTok oleh pemilik akaun AbeyYiey yang memuat naik video seorang lelaki melarikan seutas barang kemas dari sebuah premis kedai emas di pusat bandar raya Alor Setar pada 23 September lalu.

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada masyarakat dengan mendapat 47,800 likes, 1074 komen dan 956 perkongsian.

Siasatan pihak Polis Kota Setar mendapati, kejadian tersebut telah berlaku pada 22 September 2022 jam lebih kurang 5.00 petang di sebuah kedai emas di Jalan Putra Alor Setar Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar YDH ACP Ahmad Shukri Bin Mat Akhir mengesahkan menerima laporan berkait kejadian pada hari yang sama jam 6.35 petang.

Siasatan awal pihak polis mendapati suspek dalam kejadian ini iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun sebelum itu telah datang ke premis berkenaan kononnya mahu membeli barangan kemas.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila suspek secara tiba tiba melarikan diri bersama seutas rantai tangan emas anggaran berat 99.34 gram dari premis tersebut.

Jurujual kedai emas berkenaan yang menyedari tindakan lelaki tersebut kemudiannya segera mengejar suspek sebelum menghubungi pihak polis. Polis yang menerima makluman kejadian telah mengerakkan pasukan Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Alor Setar ke lokasi.

Polis kemudiannya telah membuat tangkapan ke atas suspek dan membuat rampasan seutas rantai tangan emas yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian ini.

Turut dirampas adalah kenderaan dinaikki suspek iaitu jenis Volkswagen MK7. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Suspek kini ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sementara siasatan dilengkapkan.

Baca Juga: Mat Saleh buat perbandingan kos sara hidup – Ramai rakyat Malaysia masih ‘lalai’ kadar inflasi makanan terus melambung

Baca Juga: Covid-19 mutasi lagi, jadi lebih kebal terhadap imunisasi