“Dah macam plastik sampah dicantum-cantum”, netizen persoal fesyen Aina Abdul

Aina Abdul muncul lagi dengan fesyen pelik, kali ini dia berpakaian serba hitam untuk KL Fashion Week yang baru sahaja berlansung. Namun gaya uniknya itu mendapat perhatian ramai kerana daripada jauh kelihatan seperti plastik sampah.

Aina hadir dengan menyarungkan busana hitam bersaiz besar dan menutup seluruh anggota badan kecuali muka itu adalah rekaan pereka Behati dan kehadirannya bagi memberi sokongan kepada jenama itu yang mengambil bahagian pada acara berkenaan.

Ada netizen yang mempertikai Aina memakai baju sebegini adalah untuk menarik perhatian sehingga nampak menyeksakan buat yang melihat. Apabila dilihat semula Aina kelihatan susah untuk duduk dek kerana baju yang terlalu besar.

Malah netizen turut kasihankan orang yang dibelakang kerana terhalang akibat baju Aina yang terlalu besar.

“Biar terkenal dengan suara yang merdu dan bukan dengan pakaian seperti ini. Nampak menyeksakan, awak lebih mahukan perhatianmedia dan netizen supaya nama kekal di atas.

“Pakaian sopan dan imeh baik serta suara merdu lagi semua orang suka, sekdar nasihat,” komen seorang netizen.

 

komen baju seperti plastik sampah

Hanya sekadar fesyen

Ramai juga netizen yang pertahankan Aina Abdul, walaupun fesyen yang digayakannya pelik, dia tetap menutup aurat. Fesyen yang digayakan pastinya pelik untuk menarik orang melihat koleksi selebihnya.

“Dia sekadar menggayakan fesyen yang direka oleh pereka fesyen dan fesyen itu haruslah berlainan dengan pakaian yang dah biasa kita tengok.”

Mungkin fesyen pelik ini sudah menjadi identiti Aina Abdul, terinsiprasi daripada Lady Gaga yang sentiasa menggayakan fesyen unik dan pelik sehingga sudah menjadi sinonim untuk dirinya.

Tidak dinafikan suara Aina Abdul sudah dikenali dalam industri muzik Malaysia, jadi tidak perlu mencari perhatian dengan gaya yang terlalu unik, bimbang tidak disukai oleh orang tempatan.

Baca Juga: Tak pernah bersanding masa perkahwinan pertama, Mas Idayu syukur terima banyak tajaan untuk perkahwinan kali ini

Baca Juga: Bergelek di majlis akikah, Ifa Raziah mohon maaf janji tidak kongsi hantaran undang kecaman