Sukar mengenal orang adalah perkara biasa buat pesakit yang menghidap demensia, itulah yang dihidapi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dimaklumkan menantunya, Khairy Jamaluddin.
Khairy memaklumkan Pak Lah mula menunjukkan tanda kecacatan kognitif sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009 lapor Utusan.
“Ramai yang bertanya mana Pak Lah? Beliau menghidap demensia. Saya beritahu penyakit dihidapi Pak Lah ini selepas mendapat persetujuan daripada keluarganya kerana ramai tertanya-tanya keberadaannya dan sudah lama tidak melihatnya di tempat umum,” katanya.
Jelasnya lagi, Pak Lah masih sihat namun lebih selesa berada di rumah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.
“Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal tapi fikirannya tiada. Beliau tidak ingat nama saya, nama isteri saya. Satu-satunya sebab yang saya tahu dia masih ingat saya adalah melalui kerlipan matanya ketika saya melawatnya.
“Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya.
Baca Juga: Lelaki Jepun dibayar RM319 untuk tidak melakukan apa-apa, inilah impian semua manusia
Baca Juga: Pulang dari masjid naik rakit, tapi apa terjadi pada lelaki ini?