Dakwa dirasuk ketika pukul, isteri dedah Afiq Muiz panas baran sebelum kahwin lagi

Inilah kenapa pentingnya mengenali hati budi seseorang sebelum kahwin, bimbang habiskan hidup dengan orang yang salah. Tular mengenai kes penderaan isteri kepada Afiq Muiz yang mendakwa dipukul oleh pelakon terbabit.

Menemui Gempak.com, Pachara mendakwa suaminya itu sering bertindak ganas dengan cara mengasari dan memukulnya sehingga jari manisnya turut patah.

Dipukul sebab benda remeh

Hanya kerana persoal mengapa buah epal diletakkan di dalam peti ais, Panchara dakwa dipukul dengan cara ditampar serta kepala ditolak ke dinding.

“Ketika itu saya menegur Afiq meletakkan buah epal dalam peti sejuk dan dia naik angin. Dia terus marah dan mula menampar saya. Tolak kepala saya ke dinding, cekik leher saya dan patahkan jari manis saya.

Panas baran sebelum kahwin lagi

Pachara memaklumkan dia sudah tahu akan sikap panas baran suaminya sejak belum kahwin lagi namun fiq memberitahu bahawa dia ‘dirasuk’ ketika memukul Pachara dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi setelah berkahwin.

“Ternyata tidak seperti yang dijanjikan, malah keadaan menjadi lebih teruk apabila saya ditumbuk, diterajang hanya kerana perkara kecil.

Pernah buat lapotan polis tapi tarik balik sebab kesian

Dia juga pernah membuat laporan polis namun menarik balik kerana kasihan kepada suaminya.

“Disebabkan kasihankan dia saya tarik balik laporan itu. Saya ingatkan bila dia sudah bebas dia akan berterima kasih tapi menuduh saya pula yang memukulnya.”

Panchara telah menutup hantaran Facebook kepada rakan terdekat sahaja.

isteri dakwa dipukul pelakon


Afiq Muiz sebelum ini memaklumkan di Instagram bahawa dia telah membuat laporan polis di atas tuduhan keganasan rumah tangga seperti dakwaan isterinya.

Baca Juga: Mampu hantar wang simpanan RM800,000: ‘Ada yang tak kena kalau gaji dia lebih RM5,000 sebulan’

Baca Juga: Tunggang e-skuter hampir 100 kilometer sejam, lesen lelaki ini digantung