Dapat bekalan durian dari Malaysia, Musang King dijual serendah RM32 sebiji di Singapura

  • Post author:

Durian di Singapura dijual dengan harga paling rendah iaitu S$10 (RM32.43) sekilogram ekoran bekalan durian dari Malaysia yang meriah dan luar biasa banyak.

Seorang peniaga memberitahu, harga untuk durian Musang King kini sekitar S$10 untuk sebiji durian yang mempunyai gred buah lebih rendah dan S$10 untuk satu kilogram (kg) bagi buah lebih berkualiti.

Memetik laporan Agensi, para peniaga di negara itu mendapatkan durian dengan harga murah di Malaysia menyebabkan harga raja buah itu kini dijatuhkan.

Difahamkan, musim durian di Johor dan Pahang berlaku pada masa yang sama menyebabkan lambakan buah itu di pasaran yang kemudian dibawa masuk ke Singapura.

“Saya mendapat buah itu pada harga yang rendah. Jadi, harga jualannya agak murah. Dahulu, harga paling murah adalah S$12 (RM38.92) satu kg. Kali ini, S$10 untuk satu kg benar-benar rendah,” katanya.

Harga terkini S$10 adalah terendah dalam tempoh empat tahun di Singapura.

Keadaan cuaca yang menggalakkan dianggap sebagai salah satu sebab musim buah kali ini ‘menjadi’ atau pokok-pokok menghasilkan buah durian dalam bilangan yang banyak.

Peniaga sama memberitahu, kebiasaannya musim durian akhir tahun menghasilkan bilangan buah yang terhad sehingga menyebakan harganya menjadi tinggi.

Bagaimanapun, pada tahun ini, musim durian di kedua-dua negeri di Malaysia berbuah pada masa yang sama sekali gus menjadikannya musim kemuncak bagi penggemarnya.

Peniaga itu berkata, harga dijangka turun semula apabila buah tersebut memasuki musim puncak pada pertengahan bulan ini.

“Kemungkinan besar harga akan dikurangkan separuh dan sebiji durian Musang King dijangka berharga S$5 (RM16.22),” katanya lapor Agensi.

Seorang lagi penjual durian berkata, beliau telah melaraskan harga durian Musang King beberapa hari lalu daripada S$19 (RM61.62) sekilogram kepada S$16 (RM51.89) untuk menggambarkan bahawa terdapat bekalan buah yang banyak.

Baca Juga: Pelik tapi benar, lelaki masak ayam guna mesin pembancuh kopi

Baca Juga: Sentiasa ada pertolongan Allah – Jangan lupa iktibar dari kisah hari-hari terakhir hayat gadis solehah ini