Dapat hadiah RM20,000 kalau turun 15kg, anak-anak mahu Noraniza Idris jaga pemakanan

  • Post author:

Umum mengetahui penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris bakal melansungkan Konsert Malai Solo di Istana Budaya pada Oktober depan. Bersempena konsert tersebut, anak-anak mahu memberikan hadiah berupa wang untuk menaikkan semangat ibunya untuk menjaga pemakanan.

Menerusi laporan GEMPAK, Noraniza mendedahkan anak-anaknya, Aliff Haiqal dan Alfeeq Haikal akan menghadiahkan wang bernilai RM20,000 sebagai pembakar semangat untuk menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam masa dua bulan.

“Mereka bagi tarikh, kata mereka dalam masa dua bulan perlu turun 15 kilogram. Kalau berjaya, mereka akan hadiahkan saya RM20,000.”

Tidak hanya hadiah wang diberikan, anak-anaknya turut menyediakan jadual pemakanan yang sihat bagi membantu ibu mereka mencapai target yang telah ditetapkan.

Bagi Noraniza Idris, wang tersebut hanyalah ganjaran sebagai pemangkin semangat untuk memulakan rutin pemakanan yang lebih sihat berbanding sebelum ini.

“Sebenarnya, saya bukanlah mahukan duit itu, cuma mereka janjikan ganjaran kerana kedegilan saya. Sepatutnya saya sudah mula rutin pemakanan sihat, tetapi saya langgar sahaja.”

Bila sudah berusia, makin susah untuk menurunkan berat badan. Diet dan pemakanan yang sihat mampu membantu serba sedikit untuk terus kekal sihat di hari tua.

Baca Juga: Akhirnya selepas 42 tahun abadikan diri dalam bidang seni, Amy Search dapat gelaran Datuk, Tahniah!

Baca Juga: Belajar pun dari YouTube lepas itu berani lawan nasihat pakar, doktor beri amaran jangan dengar cakap doula