Pernah terpalit kontroversi, Zed Zaidi sebelum ini didakwa kerana menyebar berita palsu dalam laman sosial Twitter dan Facebook. Dia memaklumkan menang kes tersebut yang berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Zed atau Rozaidi Abdul Jamil, 42, dia berdepan pertuduhan menyebarkan berita palsu dalam media sosial pada 15 September 2020 dan menang kes tersebut. Keputusan berkenaan diputuskan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang selepas perbicaraan berjalan sejak Februari tahun sama.
“Alhamdulillah saya telah menang kes tersebut cuma tidak menghebohkan kerana ketika itu negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya didakwa Januari dan proses bicara pada bulan Februari manakala pada 15 September saya telah menang kes dan dibebaskan daripada pertuduhan. Saya bersyukur sebab selama ini kita berada di pihak yang benar.
“Apa yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej saya sebagai Presiden Seniman dan berunsur politik,” ujar Zed.
7 jam dalam lokap
Presiden Seniman Malaysia (Seniman) itu turut berkongsi pengalaman masuk ke dalam lokap selama 7 jam dan menganggap itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus memperjuangan isu membabitan pekerja seni dan masyarakat lapor Kosmo.
“Saya tidak serik dan akan terus lantang seperti biasa. Apa yang berlaku (didakwa) adalah pengalaman terbaik untuk saya menjadi manusia lebih baik dan terus berjuang membela nasib orang ramai,” kata Zed.
“Saya sempatlah merasa duduk di lokap dalam tujuh jam bersama-sama empat orang lagi yang didakwa bawah akta yang sama.
“Sempatlah kenal dengan tahanan yang lain. Tetapi itu pengalaman yang sangat berharga walaupun sekadar lokap dan bukannya penjara sebenar,” kata Zed.
Baca Juga: Jangan bawa masalah peribadi ke atas pentas, Awie nasihat penyanyi untuk jaga adab
Baca Juga: Pakar kewangan nasihat anak muda bersedia dengan ‘exit plan’, ekonomi gig tidak akan bertahan lama