“Dari kecik aku memang pemalas bila dah kawin dan ada anak pun masih sama kadang-kadang aku bagi anak aku makan maggi je sebab malas nak masak…”

Ada orang memang mempunyai sifat malas dalam diri mereka sehingga membuatkan aktiviti harian mereka terganggu. Ikuti kisah ini.

Assalamualaikum semua.. tujuan aku menulis kat sini bukanlah nak confess sangat pun.. takdala apa sangat nak confess pun. Sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di jiwa. Okey aku Nina (bukan nama sebenar).

Aku mak kepada beberapa orang anak. Dan aku pun takdalah muda sangat pun lagi. Zaman More Jutaria yang mamat tu menang sejuta dan ferrari tu aku menyaksikan dengan penuh debaran dan rasa teruja. Zaman McGyver yang super awesome semua benda masalah dia boleh selesaikan dengan otak dia yang bijak.

Dan zaman Ultraman Ace dulu, aku rela lari laju-laju balik rumah lepas habis kelas tambahan hari Sabtu nak tengok dia punya pasal. Jadi korang agak-agaklah berapa umur aku. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari. Yer.. aku sedar diri aku dah tua.

Aku ni.. sejak kecik memang pemalas. Adik beradik aku mostly pemalas. Mak aku rajin jer.. nenek aku rajin. Makcik pakcik aku rajin. Mungkin sebab ayah aku yang sedikit kurang rajin, jadinya menurun kat anak-anak dia.

Ayah aku ni bab kekemasan dan kebersihan dalam rumah dia agak kurang rajin. Tapi bab-bab berkebun, bertukang dan ziarah saudara mara serta menuntut ilmu ayah aku memang rajin. Abang aku pulak, semua benda dia kurang rajin.

Mandi, makan dan tidur pun dia kurang rajin. Benda yang dia rajin hanya semata-mata berkaitan dengan hobi dia contohnya main game. Aku pun pernah terbawa-bawa dengan hobi main game ni masa muda remaja dulu.

Sekarang dah jadi mak orang kena la sedar diri kan. Aku kan.. kalau nak buat apa-apa akan postpone atau tangguh. Eh nanti dulu la.. kejap lagi la.. karang la aku buat.. esok la.. minggu depan la.. taun depan la.. gitu.. Ada benda / projek yang aku nak buat yang boleh mendatangkan income dah 2 tahun nak buat siap dengan paperwork bagai tapi belum start pun lagi.

Kat rumah pulak.. kalau makanan aku banyak beli jer.. kalau dah takde duit barulah aku masak. Tapi masak simple-simple jer. Masak nasi, goreng telur / ikan / ayam. Setel. Kalau mood aku baik, kena pulak encik suami request, aku buat jer asam pedas ikan patin, kari ayam atau sup ayam / tulang, tomyam atau singgang ikan.

Tapi aku cukup tak suka kalau apa yang aku masak tak sedap atau kalau dah masak suami tak makan. Atau kalau masak untuk mak aku, dia akan komplen tak cukup asam, tak cukup garam, tumis tak masam dan sebagainya.. end up aku akan beli jer makanan.

Lagi senang hati.. takdala sakittttt hati. Jadi yang paling selamat adalah telur dadar dan ikan goreng. Memang takda komplen punya.. Aku pernah bergaduh dengan suami aku memang gaduh besar la. Aku nak buat nasi lemak hantar ke kedai-kedai, warung-warung sekitar kampung aku (yer aku duduk kampung). Suami aku tolong.

Time nak bungkus nasi lemak tu aku memang tak pandai bungkus nasi lemak style gunung tu. Suami aku pun perli. Dia cakap, “itulah.. orang nak meniaga kita nak meniaga. Lain kali belajarlah bagi pandai dulu.. aku hangin! Aku hempas pinggan pecah berderai.

Nasib baik aku tak ambik bergaduh baling pinggan mangkuk dekat suami, memang bengang giIer! Tapi gaduh kami tak lama. Aku lari ke rumah mak aku. Lepas dah sejuk tu aku balik rumah mintak maaf dengan laki aku. Lepas tu aku tak meniaga nasi lemak dah.

Tak.. Apa yang aku melalut ni, apa aku nak cakap sebenarnya! Macam kerja rumah aku buat yang wajib jer. Basuh baju sekali atau 2 kali seminggu. Cuci tandas sekali sebulan. Kemas rumah dan cuci pinggan ikut mood. Ada tu kadang-kadang (biasanya hari cuti) aku bagi anak-anak makan megi jer atau biskut tawar cicah teh o jer.

Disebabkan aku malas nak masak dan malas jugak nak keluar pegi beli. Rumah pun tunggang langgang sebab kemas jarang-jarang, yang tukang sepah pulak ramai. Menyepah hari-hari pulak tu. Aku jugak jenis yang sentiaaaaasa jer lewat untuk semua benda.

Dulu aku selalu pergi sekolah pukuI 8 atau 8.30. Sekarang ni giliran anak aku pulak pegi sekolah pukuI 8. Kesian jugak kat dia.. tapi apakan daya. Aku dah bangun tido pukuI 6 atau 5.30 pun aku tetap jugak lewat hantar anak ke sekolah.

Sama jugak sembahyang. Lagi 5 minit nak azan baru aku sembahyang. Kadang-kadang tu waktu sembahyang pun terlepas macam tuuuu jer bila aku dok ralit buat benda lain. Banyak lagi la kalau nak cerita keburukan aku.

Cumanya nak habaq aritu aku tengok Lisa Surihani berhijrah. Aku pun rasa nak berhijrah sama. Dan la 2-3 minggu. Solat cukup 5 waktu. Gi masjid solat subuh. Baca Quran. Zikir 500x sehari. Wirid panjang siket.. pakai stokin tutup aurat.

Pastu dia mai malas, tak istiqamah buat balik perangai lama. Ya, ini salah satu lagi perangai buruk aku ialah tak istiqamah, hangat-hangat tahi ayam. Aritu aku dok belek-belek badan anak aku, nampak tulang rusuk weh! Aku pon dok pikir.. alahai kesiannya anak aku sampai kurus kering sebab maknya malas masak.

Jadi aku pun bertekad nak jadi ibu mithali dan isteri lindungan Kaabah. Jadi boleh tak hampa semua bagi aku pandangan ka, cara ka, tips ka, cadangan ka. Apa-apa jelah yang boleh membantu aku buang karektor aku sebagai mak yang pemalas ni?

Dah berpuluh tahun aku hidup dengan identiti pemalas ni yang membuatkan aku benci dengan diri sendiri, hidup aku jadi susah dan huru hara, apa yang aku buat semua tak menjadi, tak berjaya. Masalahnya macam mana aku nak berhenti jadi pemalas? Banyak sangat dah sifat malas ni menghancurkan hidup aku. Help me plisssss.. – Nina Kirana (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Disangka kembar, rupanya bayi dilahirkan mempunyai dua kepala dan tiga tangan