Datang Chow Kit penuh peniaga warga asing, kita dekat KL ke dekat Bangladesh?

  • Post author:

Lorong Haji Taib, Chow Kit suatu masa lalu digelar kawasan hitam berikutan menjadi pusat aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran, penagihan dadah dan gangsterisme.

Sejak 10 tahun lalu, kawasan itu boleh dikatakan `bersih’ meskipun tidak sepenuhnya. Lokasi itu mempunyai satu Jalan Haji Taib dan lima lorong iaitu Lorong Haji Taib 1 hingga 5 yang pada siangnya agak sibuk dengan aktiviti perniagaan dan dikelilingi ratusan kedai pemborong.

Namun saban hari, suasana di sekitar  Lorong Haji Taib ini seperti sudah bertukar ‘seri’ apabila boleh dikatakan majoriti pemilik gerai adalah warganegara Bangladesh.

Difahamkan, warga tempatan yang memiliki gerai berkenaan menyewakannya kepada warga asing seperti Bangladesh dan Pakistan menyebabkan kawasan itu didominasi warga itu.

Bagaimanapun seperti yang dilapor harian Metro, kumpulan itu sebenarnya bukan sahaja diupah oleh peniaga tempatan untuk bekerja, malah ada antara mereka yang menjalankan perniagaan itu sendiri.

Menguatkan lagi dakwaan gerai berkenaan dimiliki warga asing, apabila tiada lesen perniagaan digantung pada gerai seperti gerai yang dimiliki peniaga tempatan, selain dikendalikan golongan pendatang itu sepenuh masa.

Insan Kamil on Twitter: "Shopping bundle at Chow Kit. I don't know what kind of people throw away clothes when they are still good, but thank you. Got a white Uniqlo shirt
Gambar sekadar hiasan

Lorong Haji Taib dah macam ‘milik’ mereka

Selain itu, dikatakan bahawa kumpulan ini menjadikan lokasi Lorong Haji Taib seolah-olah tempat itu ‘milik mereka’ apabila sering menghalang laluan dengan kenderaan mereka di kawasan berkenaan.

Ini dikuatkan lagi dengan dakwaan seorang peniaga yang mahu dikenali Ariffin, 60-an, yang berkata, dia sudah berniaga di kawasan itu sejak puluhan tahun dahulu dan mendakwa golongan itu tidak mengikuti peraturan.

“Banyak tapak gerai dan kedai di kawasan ini yang juga milik individu tempatan disewa kepada warga asing termasuk Bangladesh dan Pakistan.

“Mereka ini (warga asing) selalu tidak ikut peraturan. Ketika berniaga, mereka selalu meletak kenderaan sesuka hati hingga menghalang laluan kenderaan lain,” katanya memetik Harian Metro.