Datang lambat kena potong gaji, tapi bila nak balik ‘on time’ kena marah pula – Netizen kongsi pengalaman sama

Sudah menjadi lumrah untuk datang tepat pada waktu tapi pulang lepas waktu berkeja. Sudah menjadi normalisasi buat majikan di Malaysia untuk memastikan pekerja menyiapkan kerja walaupun sudah lebih waktu bekerja.

Ini belum kira bos suruh buat kerja dengan hantar Whatsapp waktu malam dan menggangu di hujung minggu ketika pekerja semua sedang berehat bersama keluarga.

Parodi kedai komputer ini boleh dikatakan berlaku di banyak tempat kerja. Dalam konten tersebut memperlihat pekerja wanita yang datang lambat lima minit daripada waktu berkerja dipotong gaji sebanyak RM100 oleh majikan.

Apabila mahu pulang tepat pada waktu, dia dimarahi kerana tidak menyiapkan tugasnya. Demi mempertahankan diri wanita tersebut mempersoal jika majikannya boleh menolak gaji kerana lambat datang, dia ada hak untuk pulang tepat pada masanya kerana tidak dibayar overtime (OT).

Netizen kongsi pengalaman sama 

Salah seorang netizen berkongsi pengalaman yang sama apabila majikan potong gaji walau hanya lambat 3 minit namun mengharpakan perkerja untuk pulang lambat tanpa bayar OT.

“Boss aku pakai kopiah saja, lambat 3 minit potong RM50 lepastu kerja kena lebih masa sebab kita ‘keluarga’. Aku jenis lawan, cukup masa aku terus balik.”

Tak hargai pekerja

“Ini adalah betul, ramai majikan hanya ambil kisah mengenai pekerja yang datang lambat namun gagal menghargai pekerja yang berkerja lebih masa untuk syarikat. Sedih.”

“Ya inilah cara yang aku buat dengan majikan aku. Akhirnya dia bagi aku masa ikut suka tapi janji semua kerja siap”.

Kepada majikan hargailah pekerja anda yang sudah membanting tulang untuk membangunkan syarikat anda. Hormatilah masa rehat mereka dan jika mahu pekerja bekerja lebih masa, bayarlah mereka.

Baca Juga: “Dia ingat orang nak bid sampai RM1,000 kot” – Netizen kecam peniaga bundle koyak baju sebab bid murah sangat

Baca Juga: “Take it or leave it”- Seperti itulah Umno melayan anggota tentera