Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai

  • Post author:

Ada sejenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walaupun sebelah mata. Sebab apa?

Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan manusia rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang… Kan?

Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur di mana sahaja tanah yang anda semua selalu pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan entah apa lagi nama orang panggil.

Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata, semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang dua minggu Insyaallah dia tumbuh balik.

Biarlah dia dengan caranya yang Allah SWT cipta melainkan untuk manfaat hamba-Nya yang bernama manusia. Sebenarnya, kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai betul, tak?

Bila dah tahu nanti bolehlah amal ya. Bila dah tahu juga nanti jangan la pi cari benih dan tanam pulak ya. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

👉 AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing-masing.

– Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar ke depan tu bolehlah amal ya.

– Merawat cirit birit, tidak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal saja, InsyaAllah…

– Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak-kanak lah. Bagi je anak minum.

– Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yang suka hantar saka santau pada orang tu ya. Yang tu mau bagi parang terbang je. Baru dia ada akai!

– Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasi dan berpeluh, sila amal dengan rela.. Insya-Allah.

👉 DAUN

– Pernah tengok kucing makan daun rumput? Inilah antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya.

Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntahkan makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sangguplah.

– Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak-anak yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Cubalah.

👉 Keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun.

– Merawat sistem saluran kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.

– Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, Insya-Allah dengan izinnya akan mujarab.

– Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah-merah ke, boleh cuba amalkannya. Insya-Allah.

– Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tinggi, ‘kan? Boleh amalkannya. Bukan panas baran ya. Panas baran ni ubat dia pelempang hehe…

– Bagi yang ada masalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang? Bukan air pasang tau.

– Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila siap sedia dengan segelar air rebusan rumput sambau ya.

Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya.

– Demam kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan ke dalam mulut. Insya-Allah…

– Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.

– Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya. Insya-Allah dengan berkat amalan akan sembuh.

Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat…

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahuaqlam..

Baca juga Jual dan buat air ketum di rumah, lelaki tempatan ditahan

Baca juga Dua beradik maut – TNB nafi talian terputus daripada tiang