Demi faktor kesihatan, Hael Husaini tangguh konsert pertama

  • Post author:

Sebagai seorang penyanyi, kesihatan amatlah penting untuk mengekalkan stamina ketika membuat persembahan, tambahan pula satu konsert boleh berlansung sehingga dua jam lamanya.

Pengurusan Hael Husaini menasihatkan penyanyi tersebut untuk berehat dan menangguhkan konsert pertama yang sepatutnya berlansung pada 4 Disember ini.

Pegawai publisiti, Joe Saiful berkata, Hael memerlukan tenaga yang cukup untuk beraksi, namun disebabkan jadual kerjaya seninya terlalu padat, pengurusannya, Rocketfuel Entertainment mengambil keputusan menangguhkan konsert tersebut lapor Utusan.

“Melihat kesibukan dan jadual kerja seninya yang terlalu padat, pengurusan fikir lebih baik konsert itu ditunda. Dia akan terbang ke Milan, Itali dan Paris, Perancis pada bulan depan bagi memenuhi undangan sebuah jenama terkenal.

“Dia juga perlu berada di Singapura untuk sesi bertemu peminat dan terikat dengan komitmen Separuh Akhir Muzik-Muzik. Kesibukan itu membuatkan masa untuk menjalani latihan sangat terhad.

“Atas faktor itu dan juga untuk memastikan kesihatannya pada tahap terbaik, kami sepakat menangguhkan konsert itu ke 19 Februari depan. Dia perlukan rehat kerana sudah terlalu penat,” katanya.

Pihak pengurusan penyanyi itu juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai penundaan konsert tersebut dan memohon maaf kepada semua pembeli tiket disebabkan perubahan tarikh.

Baca Juga: Suara emas dimiliki lelaki ini buat netizen sebak, sampai ada cadangkan komposer ambil dia jadi penyanyi

Baca Juga: Aksi jatuhkan serban tular ketika protes ganas terus bermandikan darah