Demi nak kurus, wanita ini sanggup ikat mulut dengan wayar pelangsing

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar pemikiran kita, sekali gus mengundang rasa pelik.

Begitu juga dengan seorang wanita Afrika Selatan ini yang mengikat mulutnya dengan ‘wayar pelangsing’ dalam cubaan untuk menguruskan badan.

Menerusi aplikasi Tiktok, wanita bernama Aviwe Mazosiwe itu berkongsi pengalamannya memakai wayar berkenaan.

“Saya menerima pelbagai komen negatif berhubung pemakaian wayar tersebut, namun saya enggan mengendahkannya.

“Saya akan meneruskan usaha ini sehingga mencapai berat ideal,” katanya lagi.

Menurut Mazosiwe, dia memakai wayar itu selama tujuh minggu dalam tempoh tersebut dan kehilangan berat badan sebanyak 14.3 kilogram kerana hanya bergantung kepada makanan dalam bentuk cecair.

Selepas membuka wayar, wanita itu terus membeli burger jalapeno kegemarannya, namun tidak dapat menikmatinya kerana otot rahangnya memerlukan masa untuk digerakkan memandangkan ‘sudah lama berehat’.

Sementara itu, penggunaan wayar pelangsing itu terkenal dalam kalangan masyarakat Afrika Selatan dengan kebanyakannya menyifatkan kaedah itu berjaya membuatkan mereka mencapai berat badan ideal.

Mazosiwe sudah lama mencuba menurunkan berat badan dan mencapai berat ideal bagi melakukan pembedahan mengecilkan payudara untuk mempunyai kehidupan lebih berkualiti.

Dia berjaya menurunkan berat sebanyak 12 kilogram dengan berpuasa, namun masih belum berpuas hati dengan penurunan tersebut.

Mazosiwe membuat keputusan mengikat wayar pada giginya untuk memastikan mulutnya sentiasa tertutup pada Jun tahun ini.

Baca Juga: Tak sokong kumpulan Islam ekstrim, Zul Huzaimy mohon maaf atas ucapan berbaur perkauman

Baca Juga: PRU-15: Apa itu Pelan Alor Gajah Berwibawa?