Dengar tangisan wanita sebelum ‘pengganas’ masuk, 15 maut dalam serangan masjid Syiah di Iran

Serangan di masjid Syiah, Selatan Iran pada waktu Maghrib telah mengorbankan 15 nyawa tidak bersalah. Serangan tersebut disyaki dilakukan oleh ‘pengganas’ bersenjata dan juga mencederakan 19 orang awam.

Ketua Badan Kehakiman tempatan, Kazem Mousavi menyangkal dakwaan ’13 orang terbunuh dan 40 cedera membabitkan tiga penyerang’ serta memaklumkan televisyen kerajaan bahawa ‘hanya seorang pengganas yang terbabit dalam serangan itu’.

“Penyerang menembak ke arah jemaah yang berkumpul di masjid,” kata Gabenor tempatan, Mohammad-Hadi Imanieh kepada media.

Dengar tangisan wanita sebelum tembakan dilepaskan

Seorang saksi memberitahu agensi berita IRNA bahawa dia ‘mendengar tangisan wanita’ ketika solat Maghrib bermula dan penyerang memasuki masjid serta melepaskan tembakan.

Media Iran menyiarkan imej dan rakaman video yang menunjukkan mayat berlumuran darah ditutup dengan kain terbaring di dalam masjid. Kumpulan pelampau agama mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan. – AFP

Baca Juga: Gara-gara empat cincin ‘sangkut’ di jari, pesakit ini dibantu anggota bomba

Baca Juga: ‘Duduk hotel ni, aku rasa diperhati’ – Bermacam ‘meme’ lucu ini buat orang ramai terhibur