Didakwa terima ugutan bunuh – Wartawan pro LGBTQ mati di Qatar

  • Post author:

Wartawan bola sepak terkenal dari Amerika Syarikat (AS) yang mati ketika membuat liputan Piala Dunia di Qatar, hari ini dikatakan menerima ugutan bunuh.

Grant Wahl, 48, dilaporkan rebah ketika membuat liputan aksi Argentina-Belanda dan dibawa ke hospital tetapi tidak jelas di mana dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Adiknya, Eric Wahl mengesyaki wujudnya sesuatu yang tidak kena terutama selepas Grant tidak dibenarkan masuk pada aksi pertama antara AS menentang Wales.

Larangan itu memandangkan Wahl memakai t-shirt pelangi yang membawa simbol menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) yang dilarang di Qatar.

Menerusi hantaran di Instagram, Eric berkata, “Saya tinggal di Seattle, Washington. Saya adik kepada Grant Wahl. Dia gay dan sebab itulah dia memakai t-shirt pelangi di Piala Dunia.”

“Abang saya sihat walafiat dan memberitahu bahawa dia menerima ugutan mati. Saya tidak percaya yang abang saya sudah meninggal dunia. Saya percaya dia dibunuh dan saya merayu sebarang bentuk bantuan.”

Lapor AFP, Eric memaklumkan isteri kepada Wahl yang juga pakar penyakit berjangkit, Celine R Gounder sudah berhubung dengan Rumah Putih.

Gounder menciap, “saya berterima kasih atas sokongan kepada suami saya, Grant Wahl. Saya begitu terkejut.”

Baca juga Anak derhaka betul! Sudahlah berhutang sebab judi, hilang begitu saja, ibu bapa pula resah diburu along 

Baca juga Sentiasa ada pertolongan Allah – Jangan lupa iktibar dari kisah hari-hari terakhir hayat gadis solehah ini