Tidak ada wanita yang berkahwin dengan harapan akan bercerai, semuanya mengimpikan untuk hidup bersama suami selamanya namun harus ingat takdir sudah ditetapkan tuhan jadi tak perlu menghukum mereka dengan cacian atau barang terpakai.
Bagi Fatin Afeefa yang berusia 28 tahun dia menasihatkan wanita yang senasib dengannya tidak menghiraukan cacian tersebut walaupun dirinya sendiri selalu digelar dengan pelbagai perkataan yang menghinakan.
Melalui live TikTok yang dibuat oleh pelakon Tentang Bulan tersebut, Fatin mengakui telah menerima pelbagai kecaman serta gelaran yang tidak enak didengari sejak bercerai pada tahun 2017.
“Sejak bergelar ibu tunggal lima tahun yang lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhand lah, kereta terpakai pun ada.”
Dalam pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu selalunya tohmahan yang dilemparkan dibuat oleh kaum lelaki yang tidak dapat mengawal perempuan dan oleh sebab itu, mereka merendah-rendahkan kaum janda.
Tambahannya lagi, dia tidak pernah melihat status janda sebagai perkara yang menghinakan dan wanita tidak perlu bersedih apabila mendapat status terbabit.
Fatin mengakui tidak mudah untuk menutup mulut orang dari menghina, jadi lalui hidup dengan bahagia tanpa menghiraukan mereka.
Baca Juga: Pernah tarik diri masa GV3 sebab kecil hati, Elly Mazlein anggap isu dah lama selesai
Baca Juga: Cincin bekas kekasih jadi ‘prop’ video muzik – Ini jawapan Ayda Jebat