Sering membawa tugasan lagu yang sukar ditambah dengan semangatnya untuk melakukan yang terbaik dalam Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), mengakibatkan penyanyi Dina Nadzir berdepan risiko kerosakan kekal pada pita suaranya.
Kata Dina yang tersingkir pada minggu separuh akhir malam tadi, selama 10 minggu bertanding, semangatnya untuk terus berjuang dalam GV9 tidak pernah luntur.
Keadaan itu sekali gus menyebabkan dia mengalami kecederaan pada pita suara yang sudah berlarutan agak lama.
“Saya bertarung sedaya mungkin sehingga terdapat kecederaan pada pita suara. Lagipun, lagu-lagu yang disampaikan bukanlah lagu yang senang.
“Ada video yang menunjukkan pita suara saya sudah rabak. Kalau orang lain, mesti sudah lama tarik diri dalam pertandingan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas konsert GV9 malam tadi seperti dilaporkan Kosmo.
Baca Juga: [VIDEO] Gara-gara ayahnya pakai baju sama, kanak-kanak ini ‘tersilap’ bapa
Baca Juga: Spesis burung kuang yang dianggap pupus 140 tahun lalu, kini ditemui semula