Dipukul sebab tak dapatkan wang untuk beli rokok, anak bunuh bapa tanpa sengaja

Niat hanya untuk pertahankan diri selepas dipukul bapa kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli rokok. Lelaki dari Phuket didakwa dengan jenayah bunuh selepas mengelar leher bapa kandung sendiri.

Mangsa dikatakan meminta suspek untuk membeli rokok untuk dirinya namun tidak berjaya mendapatkan wang daripada nenek suspek lapor The Thaiger.

Sebelum ini, mangsa sering mengugut suspek tapi tak pernah menyerang secara fizikal. Suspek yang terkejut buat keputusan untuk pertahankan diri dengan pisau dan bergelut dengan mangsa sebelum mengelar leher bapanya itu.

“Dia (mangsa) bertindak ganas dan menendang muka saya. Lagipun, ini kali pertama dia bertindak ganas seperti ini.

“Saya mengambil pisau di dapur untuk pertahankan diri sendiri.”

Polis Thalang tiba di tempat kejadian dengan keadaan suspek sedang menunggu di hadapan rumah, seolah-olah bersedia untuk menyerahkan diri. Polis menemui mayat mangsa dengan luka terbuka di leher dan muka.

Walau bagaimanapun, tiada saksi yang dapat membantu kerana suspek dan mangsa hanya tingal berdua di rumah. Suspek menyatakan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh bapanya dan kesal atas tindakannya itu.

Baca Juga: Mengerikan! muka tertusuk bar keluli, pemuda ini dilaporkan selamat

Baca Juga: GRS juga setuju sertai Kerajaan Perpaduan