Berbaju kebaya labuh dan berkain pelikat, Sharifah Sakinah kembali dengan kontoversi terbaru apabila memegang rokok yang tak dinyalakan dalam gambar yang dimuat naik di Instagram sehingga disamakan dengan watak Gangubai Kathiawadi.
Pakaian yang menampakan keayuan sebagai wanita melayu itu dirosakkan dengan sebatang rokok sahaja. Walaupun ia bukan isu besar namun netizen menganggap kempen Kementerian Kesihatan mengenai rokok seperti disia-siakan.
Difahamkan gambar tersebut diambil ketika Sakinah menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya iaitu anak perempuan kepada pelakon, Sharifah Shahirah pada minggu lepas.
Bagaimanapun gambar tersebut tidak sesuai untuk seorang wanita yang mempunyai anak kerana si ibu perlu dijadikan contoh yang baik buat anak yang sedang membesar.
Meninjau di ruangan komen, ada yang menyamakan gaya Sakinah dengan watak pelacur dan ibu ayam dalam filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi.
Di media sosial ini agak senang untuk tular kerana perkara negatif, tambahan pula terdapat pelbagai lapisan umur yang menggunakkannya. Sebagai pengguna yang juga mempunyai pengikut ramai, gunaka platform ini untuk sebarkan perkara positif.
Baca Juga: Bas pemain Selangor diserang dengan batu di Terengganu malam tadi