Disangka mabuk, lelaki ini jadi bahan bualan lepas dirakam tertidur atas motor dengan mulut tenganga

  • Post author:

Seorang lelaki di Thailand menjadi bahan bualan netizen di negara itu selepas ditemui tertidur di atas motosikal yang diletakkan di sebuah jalan raya.

Menerusi sebuah video tular di media sosial Thailand, lelaki berkenaan dilihat tertidur dengan helmet masih lagi di kepala, dan ia membuatkan ramai beranggapan bahawa lelaki itu kemungkinan sakit atau mabuk.

Berdasarkan video dimuat naik dalam sebuah kumpulan perbincangan di Facebook, penunggang motosikal itu terlihat seperti terlalu kepenatan dengan gaya tidurnya yang terlentang dan mulut ternganga luas, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

“Bangun. Adakah anda sedar anda sedang tidur di tengah jalan? Tolong bangun,” kata kumpulan seorang lelaki ketika mengejutkan penunggang tersebut.

Lapor Agensi, penunggang motosikal itu kelihatan keliru sejurus selepas terbangun dari tidurnya.

Lelaki tersebut juga memberitahu bahawa dia tidak berada dalam keadaan mabuk dan menunjukkan isyarat dua jari bagi menandakan keadaannya baik.

Dia kemudian meminta salah seorang daripada lelaki yang mengejutkannya agar menghantarnya pulang kerana berasa tidak berdaya lagi untuk menunggang motosikal.

Lokasi kejadian tidak dinyatakan namun, ia tidak kelihatan seperti jalan yang sibuk di kota raya seperti Bangkok.

Baca juga: ‘Nasib baik pakai mask’ – Member pelik kad asyik ‘decline’ rupanya guna kad…

Baca juga: ‘Apa punya standardlah nilai wakil rakyat di mata BN bila calonkan Jamal Yunos’ – Warganet luah rasa kesal lihat pencalonan BN