Disangka sedang tidur dalam tandas, tapi sebenarnya dah meninggal

  • Post author:

Pada awalnya disangka tidur, namun sebenarnya sudah tidak bernafas. Warga emas telah ditemukan meninggal dunia di tandas awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) malam Selasa.

Mohd Ismail Saadah, 67, yang juga pekerja pembersihan tandas awam di Klebang Besar, ditemui warga awam ketika dia sudah tidak lagi bernafas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 8.25 malam sebelum pasukan forensik ke lokasi kejadian.

“Warga emas terbabit ketika kejadian ditemui berada di kerusi diluar tandas dan dikatakan, ketika dikejutkan oleh orang awam tiada tindak balas.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayatnya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menurut beliau, hasil semakan rekod perubatan warga emas itu mendapati dia penghidap sakit jantung kronik dan pernah dimasukkan ke Hospital Melaka akibat serangan jantung.

“Manakala hasil laporan bedah siasat yang dijalankan dia meninggal akibat komplikasi sakit jantung dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Baca Juga: Tiga ‘penumpang’ bergadai nyawa duduk di bahagian kemudi kapal tangki

Baca Juga: ‘Ingatkan Janna Nick stres putus cinta terus buat badan’