Dituduh minta dan terima rasuah, sarjan polis mengaku tak bersalah

  • Post author:

Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan. Walaupun mengetahui rasuah ialah kesalahan yang besar, masih banyak individu yang tetap menerima dan meminta rasuah.

Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada dua individu yang terbabit dalam kes curi Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Azlan Mohd. Nor, 36, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Minta rasuah RM1,500 daripada dua individu terlibat kes curi

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Azlan sebagai anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) secara rasuah meminta masing-masing RM1,500 daripada dua individu yang berusia 36 dan 45 tahun.

Suapan tersebut di ambil supaya tiada tindakan dikenakan terhadap dua individu yang terbabit dalam kes curi. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di bilik nombor 11 Jabatan Siasatan Jenayah IPD SPT di sini kira-kira pukul 5.40 petang, 15 Julai 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16 (a) (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Terima rasuah RM1,300 daripada seorang individu

Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan apabila didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,300 daripada salah seorang individu terbabit. Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di lokasi sama kira-kira pukul 6.25 petang pada 8 Ogos 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri, manakala tertuduh diwakili peguam, Chandra Segaran.

Baca Juga: Muktamad! Bekas PM Najib Razak didapati bersalah dihantar ke Penjara Kajang

Baca Juga: Dari Pekan ke Kajang, kawasan Parlimen ini sedang ‘trending’