Dua individu patah kaki lif jatuh dari tingkat lapan

  • Post author:

Enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila lif dinaiki terjatuh dari tingkat lapan kondominium di Brickfields, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.52 malam.

“Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi jam 10.12 malam, terdapat lif terjatuh dari tingkat lapan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, terdapat enam individu berada di dalam lif terbabit ketika kejadian itu yang terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

“Dalam kejadian ini, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki yang patah kaki. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Baca Juga: Ebit Lew sayu teringat mak sendiri bila tengok mak cik tua berniaga sampai malam di tepi jalan

Baca Juga: Eh, gigih betul sampai sanggup ukir nota pada pen