Baru menginjak usia remaja, maka segala benda mahu dijadikan eksperimen tanpa memikirkan soal bahaya kepada diri sendiri atau tidak. Seorang doktor perjelas semula kes remaja yang memasukkan dua kabel USB hingga tersangkut dan tersimpul di dalam kemaluannya.
Remaja dari Britain yang berusia 15 tahun ketika itu bertindak memasukkan kabel tersebut kerana mahu mengukur kepanjangan zakarnya dari bahagian dalam lapor Daily Star.
Namun mimpi ngeri menjadi kenyataan, kabel terbabit tersangkut dan tersimpul di dalam kemaluannya hingga menyebabkan mangsa bergegas ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Semasa percubaan pertama, doktor dikatakan gagal mengeluarkan kabel tersebut, Mereka akhirnya menggunakan sebatang besi digunakan untuk menarik kabel berkenaan. Tetapi proses menjadi semakin rumit apabila kabel tersebut bersimpul.
Jalan akhir yang boleh dilakukan ialah memotong bahagian antara alat kelamin dan dubur mangsa supaya dapat mengeluarkan kabel berkenaan.
Kabel terbabit akhirnya berjaya ditarik keluar melalui meatus uretra luar. Remaja terbabit berjaya diselamatkan dan sudah pun kembali pulih.
Menurut sumber kes tersebut dikatakan agak serius dan rumit sehingga memerlukan kes ini dikaji oleh doktor di seluruh dunia. Meskipun kes ini sudah lama terjadi iaitu pada 2021 namun doktor baru sahaja menerbitkan penjelasan mengenainya menerusi Science Direct.
Baca Juga: Isu suami dayus, ustaz perjelas waktu bersalin dikira kategori darurat
Baca Juga: Filem ‘Jalan Masih Panjang’ berdasarkan kisah Anwar Ibrahim dalam pembikinan