Dua remaja lari dalam keadaan telanjang bulat, selamatkan diri selepas tempat maksiat diserbu

  • Post author:

Dua remaja terpaksa melarikan diri tanpa seurat benang selepas diserbu penduduk kampung kerana tidak tahan dengan aktiviti maksia yang berleluasa di sebuah rumah di Desa Pekan Sialang Buah, Kecamatan Teluk Mengkudu, Medan.

Salmah, 60, berkata, serbuan dilakukan kerana penduduk kampung sudah rimas dengan remaja yang sering berkumpul di dalam rumah tersebut. Motosikal juga diletakkan di depan rumah tersebut sehingga lewat malam.

“Saya takut untuk menghalang mereka selepas melihat seorang remaja wanita dibawa ke dalam rumah itu.

“Saya nampak mereka dalam keadaan bertelanjang semasa sedang berzina,” katanya.

Jadi sarang untuk penyalahgunaan dadah

Serbuan turut disertai oleh penguat kuasa agensi dadah yang menyangka pada mulanya menjadi tempat penyalahgunaan dadah semata-mata. Namun, mereka terkejut apabila mendapati remaja tersebut turut menjadikan sebagai tempat melakukan aktiviti seks bebas.

Semasa serbuan itu, penduduk turut menjumpai sejumlah plastik dan juga bong yang digunakan untuk menghisap dadah lapor Tribunnews.

Seorang penduduk yang bernama Zainab, 35, turut mengadu dia pernah kehilangan dua telefon bimbit dan itik serta mengesayki remaja tersebut mencurinya.

“Sebagai penduduk, kami sangat bimbang dengan aktiviti di rumah tersebut.

“Jadi, malam tadi penduduk bertindak menyerbu rumah itu dan merobohkan dinding rumah supaya tidak menjadi sarang menghisap dadah dan aktiviti seks,” katanya.

Baca Juga: MAQIS rampas sarang burung walet tiada permit

Baca Juga: Konvoi bersama 12 rakan remaja maut langgar belakang pacuan empat roda sebelum digilis kereta