Duit ada semua boleh jalan? Ini kisah Burj Khalifa dan Jalur Gemilang

  • Post author:

Duit ada semua boleh jalan? Semua orang tahu Burj Khalifa setinggi 828 meter telah dihiasi Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan lepas.

Bangunan di Dubai yang dibina dengan kos pembinaan AS$1.5 bilion (RM5.84 bilion) itu juga pernah menayangkan iklan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan.

Ikuti sebahagian tulisan IRFAN KHAIRI mengenai kisah di sebalik pemasangan Jalur Gemilang di pencakar langit tertinggi di dunia ini:

Ada DUIT, semua boleh jalan! Betul ke?

Ni nak cerita sikit pasal bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Beberapa bulan lepas, tular bendera Malaysia, Jalur Gemilang terpampang sepanjang bangunan tertinggi ini ketika hari Merdeka.

Baru-baru ini saya kongsikan iklan Shah Rukh Khan pun ditayangkan pada bangunan ini.

Dan memang banyak pun dari semasa ke semasa “pengiklanan” bercahaya dilakukan pada Burj Khalifa termasuk filem Avengers, Mission Impossible, BTS, Samsung, dan banyak lagi. Tapi….

Anda tau tak? Untuk mendapat paparan pada bangunan tertinggi di dunia ini, bukannya percuma. Kena bayar duit!

Dan bukannya murah. Tapi harga adalah RM1.2 juta!

Boleh beli rumah mewah dah tu.

Tapi, iklan/gambar/video tu dilihat oleh berjuta-juta orang di serata dunia.

Inilah yang dikatakan, bila ada duit, semuanya boleh jalan. Anda setuju tak dengan kenyataan ni?

Tapi ada satu lagi nak kena cerita ni…

Shah Rukh Khan kena bayar. Avengers kena bayar. Samsung kena bayar. BTS kena bayar. Dan…

Adakah kerajaan Malaysia bayar RM1,200,000 untuk siarkan bendera Malaysia di Burj Khalifa?

Haaa… Sebelum ianya jadi kecaman netizen “kerajaan Malaysia membazir sejuta ringgit pada iklan di Burj Khalifa”, meh saya jawabkan dulu.

Jawapannya… tidak.

Kebiasaannya, apabila bendera negara seperti Malaysia disiarkan di Burj Khalifa, ianya adalah satu penghormatan.

Memang sukarela kerajaan Dubai memberi penghormatan kepada negara kita Malaysia tercinta.

Jadi, tak perlulah nak kecam tentang pembaziran. Tidak semua negara mendapat penghormatan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebegini. Dubai ‘kan geng dengan Malaysia!

Baca juga Akibat sindir menteri – Penjual mi ditahan, rumah digeledah

Baca juga Tunjuk keletah si cilik batuk panggil abang bomba tapi kena ‘sekolah’ pasal tali pinggang keledar