Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang.
Saarani berkata, pembubaran itu selepas mendapat warkah pengisytiharan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam yang memberi perkenan untuk membubarkan DUN berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, ia selaras dengan Perkara 32(2), Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
“Pembubaran bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Umum di peringkat Persekutuan,” katanya pada sidang media khas di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, hari ini.
Baca Juga: Terbaik abang lori! Budi bahasa di mana sahaja