Eh, gigih betul sampai sanggup ukir nota pada pen

  • Post author:

Perbuatan meniru dalam peperiksaan sememangnya salah, namun tindakan itu masih lagi menjadi pilihan sesetengah pelajar.

Baru-baru ini, seorang penuntut sebuah universiti di Sepanyol melakukan sesuatu yang di luar kotak apabila mengukir nota pada pen.

Bagaimanapun, taktik penuntut itu gagal selepas dia ditangkap pensyarah ketika menduduki peperiksaan.

Penuntut tersebut menggunakan 11 batang pen yang diukir pelbagai nota untuk dibawa masuk ke dalam bilik peperiksaan.

Jika dilihat dengan mata kasar, sebenarnya ia agak sukar untuk mengesan bahagian batang pen yang mempunyai nota diukir menggunakan jarum.

Dalam pada itu, netizen menyifatkan ‘kesungguhan’ penuntut itu mengukir jawapan pada pen sepatutnya diterjemah kepada ulang kaji.

Baca Juga: Tolak vaksin punya pasal, wanita pilih untuk kahwini lelaki lain

Baca Juga:  Patung lilin Chong Wei buat ‘penampilan sulung’ di Singapura