Zaman sekarang, kebanyakan orang suka membeli belah secara dalam talian kerana ia dilihat sebagai satu platform yang memudahkan pengguna.
Setiap hari pasti kita akan terserempak dengan lori kurier, sama ada di kawasan perumahan atau pun lebuh raya.
Namun, baru-baru ini tular satu video menunjukkan sebuah lori kurier dipandu sampai ke pantai.
Video yang tular itu ternyata menggelikan hati masyarakat apabila netizen turut sama membuat andaian masing-masing.
“Sampai ke pantai hantar barang… terbaik!”
Malah, ada juga netizen yang mengusik pemandu lori berkenaan.
“Patut la tak sampai-sampai… dia boleh pulak jalan-jalan tepi pantai,”
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Pantai Tanjung Lompat Desaru, Johor beberapa hari lalu sekitar jam 6:40 petang.
Baca Juga: ‘Kita pernah bagi penyamun jadi PM, kenapa kali ini tak boleh beri peluang kepada Anwar?’
Baca Juga: Ular muncul depan cermin kereta, netizen pun sama rasa seram