Pelik tapi memang benar kisah ini!
Sebuah rangkaian kedai serbaneka terbesar di Jepun baru-baru ini melancarkan produk baharu, iaitu gula-gula tanpa rasa.
Menurut laman berita Oddity Central semalam, Lawson Inc sedang menguji pasaran beberapa produk baharu termasuk barangan dipanggil Aji no Shinai iaitu gula-gula tanpa rasa.
Berdasarkan maklumat pada pembungkus produk tersebut, gula-gula itu hanya mempunyai dua bahan iaitu polydextrose pengganti gula sintetik dan erythritol pengganti gula organik.
Kakitangan laman berita SoraNews yang merasa gula-gula itu berkata, ia mempunyai aroma yang hambar dan hampir menyamai rasa minuman sukan yang kurang ekstrem.
Kemanisan gula-gula itu dikatakan setanding dengan rasa manis pada nasi putih.
Pasaran produk itu bergantung kepada pelanggan yang membelinya. Sekiranya mendapat undian yang memberangsangkan, Lawson akan mengekalkan pengeluaran untuk membolehkan pembeli menikmati ‘rasa kosong’ untuk tahun-tahun akan datang.
Baca Juga: Jalan tar hampir 400 meter di hadapan rumah menantu Jokowi diturap menjelang perkahwinan