Ejen kosmetik diculik 13 September lalu berjaya diselamatkan

Seorang wanita yang juga ejen jualan produk kosmetik wanita sebelum ini dilaporkan diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan 13 September lalu telah berjaya diselamatkan.

Rosnazirah Mohd Naim, 36, berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata melalui kerjasama erat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya mengenalpasti lokasi keberadaan di Thailand.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

“Dalam kes ini juga seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca Juga: Suami gaduh dengan ahli sindiket dadah jadi punca isteri diculik

Baca Juga: Lelaki menyesal menang loteri RM14 juta, rimas orang tidak dikenali sering datang minta wang