‘Roh tergantung tau kalau tak bayar hutang’. Sejak kebelakangan ini, ramai yang mendedahkan mereka didekati ejen-ejen takaful yang dengan sengaja menggunakan taktik pemasaran kotor. Sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai.
Orang tak ambil insurans bukan sebab tak nak, tapi sebab kewangan sendiri pun tak kukuh. Sejak kebelakangan ini, ramai yang mendedahkan mereka didekati ejen-ejen takaful yang dengan sengaja menggunakan taktik pemasaran kotor. Sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai.
Perlindungan insurans ini sebenarnya baik untuk kita tetapi masih ada yang sukar untuk membayar komitmen bulanan dek kekangan kewangan. Ada juga kes di mana warga OKU didekati seorang ejen takaful, dan menggunakan ayat kurang baik kepadanya.
Disebabkan makin hebat diperkatakan tentang kaedah pendekatan yang digunakan ejen-ejen insurans ini, seorang ejen dikenali sebagai Huzaifi tampil juga memberi teguran sama. Baca perkongsian Huzaifi ini.
Pemasaran yang jahat bukan pemasaran baik
Kepada semua ejen takaful di luar sana, saya menyeru anda semua berhentilah menggunakan marketing yang kotor dan menyakitkan perasaan orang.
Bad marketing is not a good marketing. It is so ironic to promote the shariah compliance product with non shariah marketing.
Some people prefer to not having protection not because they don’t aware about the consequences, but they just don’t have enough money to take any.
Stop using this kind of marketing
👉 “Kalau you tak ambil takaful, gunalah simpanan you bulan-bulan tu, biar habis gitu je”
👉 “Nanti you mati, anak dengan pasngan you terpaksa minta sedekah kat orang lain, you mahu?”
👉 “Rumah dengan kereta you nanti kena jual lah kalau tak ada insurans”
👉 “Roh tergantung tau kalau tak bayar hutang”
👉 “Bayar RM10 sebulan saja cover RM1juta” (sedangkan coverage tu kena bayar RM200)
Dan sewaktu dengannya. Hey dude, Please stop!
Tiada garis jelas shariah compliance marketing macam mana, cuma cukup berpada dengan:
– tidak menipu
– tidak menyakitkan perasaan
– tidak misleading
– tidak mendedahkan aib sesiapa
– tidak janjikan benda yang tiada.
1. Buat fact finding prospect
Kalau dia tak mampu bayar banyak, cadangkan apa yang sesuai dengan kewangan dia. Tak payah nak up sale sampai membebankan pelanggan. Sampai masa tak mampu bayar, policy lapsed dia yang rugi.
2. Educate masyarakat tentang kepentingan ada takaful dan cara nak kekalkan polisi dia orang. Ejen bertanggungjawab sebelum, sewaktu dan selepas sales ya.
Bukan dah sedap-sedap dapat close lepastu tinggal.
3. Fokus kepada perlindungan dulu. Kalau ada portfolio kewangan yang baik dan klien faham risiko pelaburan dalam pelan takaful barulah cadangkan.
Ni tak, janji bulan bintang investment return sampai 50 peratus, yang dapat 5 peratus. Jelaskan dulu pelan yang hampa cadang dia ambil.
Kenapa dan apa kesannya?
4. Semua orang perlukan takaful, tapi tak semua orang mampu untuk ada satu polisi.
Boleh jadi dia tak ada duit nak bayar.
Boleh jadi dia ada sejarah sakit.
Boleh jadi umur dah luar kawasan.
Boleh jadi dia ada ilmu kebal.
Ya takaful penting. Sangat penting. Tapi matlamat nak suruh orang ada takaful tu tak boleh dengan cara yang salah. Educate dengan cara yang betul.
Selepas ini harap-harap tak ada lagi lah isu ejen takaful menggunakan marketing kotor untuk menakut nakutkan orang ramai. Siapa je tak nak ada perlindungan masa depan kan?
Baca juga: https://malaysiadateline.com/daftar-i-akaun-memudahkan-pengeluaran-rm10000-kwsp-anda-ini-caranya/