Hilang kaki kanan, namun lelaki ini berjaya jadi angkasawan

  • Post author:

Individu bernama John McFall diumumkan parastronaut pertama sebagai langkah penting memberi peluang kepada orang kelainan upaya (OKU) untuk bekerja dan tinggal di angkasa lepas.

Pengumuman itu dibuat oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), kelmarin.

McFall kehilangan kaki kanannya pada usia 19 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal.

Laman berita Wion News melaporkan, McFall adalah bekas pelari pecut sukan paralimpik dari Britain dan dia juga seorang daripada 17 individu baharu yang dipilih untuk menjalani latihan sebagai angkasawan.

McFall akan mengambil bahagian dalam kajian kebolehlaksa­naan yang membolehkan ESA menentukan prasyarat bagi individu OKU yang terlibat dalam misinya pada masa akan datang.

“Ia merupakan pengalaman yang agak mencabar kerana sebagai seseorang yang tidak mempunyai satu kaki, saya tidak pernah terfikir akan menjadi angkasawan. Saya amat teruja,” kata McFall.

“Doktor berusia 31 tahun itu akan membantu jurutera-jurutera ESA mencipta pengubahsuaian perkakasan yang diperlukan untuk menjadikan penerokaan angkasa lepas secara profesional lebih mudah diakses oleh orang yang lebih berkelayakan,” kata ESA. 

Individu OKU yang benar-benar berkemampuan untuk lulus dalam ujian psikologi, kognitif dan ujian lain telah dijemput untuk memohon jawatan sebagai angkasawan ESA tahun lalu dan telah menerima 257 permohonan untuk menjadi parastronaut.

Golongan itu tidak berpeluang untuk menjadi angkasawan, hanya kerana batasan dari segi perkakasan yang tersedia untuk individu OKU.

Baca Juga: Jijik! Remaja sanggup raba dan cium pipi budak usia 11 tahun dalam lif

Baca Juga: