Etnik Rohingya sanggup habiskan RM7,000 demi kad UNHCR

  • Post author:

Semua tahu etnik Rohingya kebanyakkan adalah pelarian, jadi untuk mereka mengumpul duit sehingga RM7,000 itu pastinya susah namun itulah belanja yang sanggup dikeluarkan demi sekeping kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Itulah yang didedahkan oleh etnik Rohingta yang ditaham dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen negeri berhampiran sebuah tapak projek perumahan, Tasek Gelugor, malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sehubungan itu isu tersebut akan dibawa ke peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk disiasat dan diteliti secara lebih mendalam sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Pemegang kad UNHCR warga Rohingya ini membuat pengakuan masuk ke Malaysia melalui sempadan-sempadan negara iaitu Kedah dan Kelantan dari Thailand, malah mereka mengaku ia (masuk ke Malaysia) juga diuruskan oleh ejen.

“Selain itu, mereka turut mengakui ejen-ejen tersebut bertanggungjawab menguruskan perjalanan mereka ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur untuk proses mendapatkan kad berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Katanya, daripada 25 orang yang ditahan itu, 10 merupakan warga Bangladesh, lapan warga Indonesia, seorang warga Nepal serta enam warga Myanmar termasuk seorang wanita lapor Utusan.

“Kesemua mereka dibawa ke pejabat Imigresen negeri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 15 (1) (c) akta sama,” katanya yang memberitahu, operasi tersebut bermula kira-kira pukul 11.15 malam.

Katanya, daripada 261 operasi memburu itu seramai 193 PATI dan 32 majikan ditahan dengan sebahagian daripada mereka juga telah didakwa.

Baca Juga: “Idea siapa ni, gempak!”- Resepsi Mas Idayu curi tumpuan, tak pakai ‘bridesmaid’, gantung belon je pada veil

Baca Juga: Lumur je minyak dekat penutup bekas gula, sampai cucu cicit semut tak dapat masuk – Petua wanita ini halau semut paling ‘win’