Fuh! Macam mana dia makan roti pintal gergasi tu?

  • Post author:

Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.

Macam seorang wanita yang diiktiraf mempunyai mulut ternganga paling besar di dunia oleh Guinness World Records ini, Sam Ramsdell menunjukkan dia makan roti pintal gergasi.

Dalam klip video baru-baru ini yang disiarkan kepada 3.3 juta pengikutnya di laman TikToknya, Ramsdell, 32, cuba memakan roti pintal itu atau lebih dikenali sebagai pretzel secara sekali gus, membuatkan peminat-peminatnya berasa kagum.

Bolehkah saya memasukkan keseluruhan pretzel ini ke dalam mulut saya? Sama-samalah kita ketahui,” soalnya.

Walaupun dia tidak memasukkan keseluruhan roti tersebut ke dalam mulutnya yang besar ia sudah mencukupi untuk membuat peminat-peminatnya berasa kagum dengan cara dia mamakan pretzel gergasi tersebut.

Seorang pengikutnya menulis: “Ini sangat mengagumkan.”

Namun, seorang lagi pengikut wanita itu lain menulis:

“Baiklah tetapi secara jujur, anda tidak berjaya tetapi itu masih mengagumkan.”

Sementara itu, pengikut Ramsdell yang ketiga mengulas:

“Mulut yang terbuka itu menakutkan saya…juga pretzel itu kelihatan menakjubkan.”

Pengikut-pengikutnya yang lain mengakui: “Melebihi jangkaan, manakala seorang lagi pemintanya menulis: “Nikmati saja pretzel.”

Baca Juga: Terpedaya dengan taktik Macau scam, ejen hartanah kerugian lebih RM7.74 juta!

Baca Juga: Seorang lelaki kerugian hampir RM415,000 selepas 300 iPhone dirompak