Fuh! Wanita ni hantar pesanan makanan sejauh 30,000 kilometer, dari mana ke mana?

  • Post author:

Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada berlaku sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.

Macam kisah seorang wanita dari Singapura ini, dia berjaya mencipta rekod dunia selepas melakukan perjalanan sejauh 30,000 kilometer untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya di Antartika.

Manasa Gopal melakukan penghantaran makanan paling jauh di dunia iaitu dari Singapura ke Antartika, sekali gus menyaksikan wanita itu merentasi empat benua.

Berdasarkan laporan The National Bulletin, Manasa berkongsi video memaparkan perjalanannya menghantar makanan ke tempat paling sejuk dan sepi di dunia itu, di laman Instagramnya.

Dalam video itu, Manasa dilihat melakukan perjalanan sejauh 30,000 kilometer dengan membawa bungkusan makanan di tangannya.

Wanita itu memulakan perjalanannya dari Singapura ke Hamburg, Buenos Aires dan Ushuaia sebelum tiba di Antartika.

Dalam klip video itu, Manasa dilihat sedang merentasi beberapa jalan raya yang berais dan berlumpur, sebelum akhirnya dapat menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.

Manasa berkata, dia berasa sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan pihak @foodpandasg untuk menjayakan usaha berkenaan.

“Agak jarang mendapat tempat terpencil di dunia sebagai lokasi penghantaran pesanan makanan.

“Sudah tentu ia menyeronokkan kerana berpeluang merentasi sejauh 30,000 kilometer dan empat benua untuk menghantar hidangan makanan Singapura,” katanya di laman media sosial itu.

Baca Juga: [VIDEO] Terbaiklah bang! Muzik video macam…

Baca Juga: Berani ancam nak bunuh Agong di media sosial, lelaki 30-an ditahan