FILE - Performer Shakira answers questions at a news conference on Jan. 30, 2020, in Miami. Spanish prosecutors are seeking a prison sentence of eight years for Colombian-born pop star Shakira in her expected trial for alleged tax fraud. Shakira is charged for failing to pay 14,5 million euros ($15 million) in taxes in Spain between 2012 and 2014. Prosecutors say the singer lived in Spain for more than half of each of those years and should have therefore paid her taxes in the country. (AP Photo/David J. Phillip, File)

Gagal bayar cukai, Shakira bakal berdepan hukuman penjara

Penyanyi lagu rasmi Piala Dunia FIFA (TM) 2010, Waka Waka, Shakira bakal berdepan hukuman penjara selepas dituduh melakukan penipuan cukai. Hakim Sepanyol pada Selasa lalu telah meluluskan perbicaraan ke atas penyanyi tersebut.

Pendakwa raya Sepanyol menuduh Shakira, 45, pada tahun 2018, gagal membayar cukai berjumlah 14.5 juta euro (RM65.2 juta) untuk pendapatan diperoleh pada 2012 dan 2014 serta menuntut hukuman penjara lapan tahun dan denda yang tinggi jika dia didapati bersalah mengelak cukai.

Walaupun telah berulang kali menafikan sebarang salah laku dan menolak perjanjian dengan pihak berkuasa untuk mengelak daripada dibicarakan. Firma perhubungan awamnya bertegas bahawa dia telah membayar semua hutangnya dan faedah tambahan sebanyak 3 juta euro.

Pendakwa raya di Barcelona mendakwa pemenang Grammy itu menghabiskan lebih separuh daripada tempoh itu di Sepanyol dan sepatutnya membayar cukai di negara itu, walaupun kediaman rasminya berada di Bahamas lapor Harian Metro.

Shakira, yang nama penuhnya Shakira Isabel Mebarak Ripoll, telah dikaitkan dengan Sepanyol sejak dia mula berpacaran dengan pemain bola sepak Gerard Pique dan mempunyai dua anak bersama namun dilaporkan sudah berpisah.

Baca Juga: Lepas menang kes fitnah bekas isteri, Johnny Depp dilamun cinta dengan peguam sendiri

Baca Juga: Penjaga stor dihukum penjara 30 tahun penyebab guru mati