Gara-gara berebut tempat duduk, nyawa adik melayang dibaling pisau

  • Post author:

Hanya kerana berebut tempat duduk dalam kereta, seorang pelajar lelaki maut dibaling pisau oleh kakaknya sendiri. Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 2.15 petang di rumah mereka di kawasan Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri, petang semalam.

Suspek yang juga kakak mangsa mengaku membaling pisau selepas tidak tahan diejek mangsa. Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa berusia 16 tahun itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Gaduh sebab tempat duduk

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara mangsa dan kakaknya.

Katanya, ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta semasa balik sekolah lapor Kosmo.

“Kakak mangsa berusia 18 tahun mengaku telah membaling sebilah pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah.

“Suspek telah ditangkap dan akan dipohon bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rahmat, mangsa disahkan mati pada pukul 2.30 petang.

Katanya, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca Juga: Wanita mualaf minta bapa bukan Islam jadi wali, netizen pakat bagitahu nanti nikah tak sah sebab…

Baca Juga: Anwar bertegas tuntut kerajaan beri penjelasan dakwaan kemasukan Mossad dalam negara