Gara-gara dituduh merogol, lelaki ini kena ketuk ketampi sebagai hukuman

  • Post author:

Seorang lelaki dihukum ketuk ketampi selepas disyaki merogol kanak-kanak berusia lima tahun yang berlaku di negeri Bihar, India, baru-baru ini.

Kejadian di daerah Nawada itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial kerana suspek tidak diserahkan serta-merta kepada pihak polis.

Sebaliknya, suspek kemudian diserahkan kepada jawatankuasa kampung atau ‘panchayat’ untuk disoal siasat.

Anggota ‘panchayat’ yang lebih berusia kemudian memutuskan suspek tidak bersalah merogol mangsa, tetapi bersalah membawa kanak-kanak malang itu ke kawasan terpencil.

Suspek kemudian diarah melakukan ketuk ketampi sebagai hukuman.

Menurut laporan, perbuatan suspek terbongkar selepas ditangkap penduduk sejurus melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah kawasan sunyi.

Sementara itu, jurucakap polis Gaurav Mangla mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut.

“Tindakan lanjut akan diambil terhadap suspek dan kita akan menyiasat siapa yang mengarahkan suspek supaya tidak diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Baca Juga: Mahu elak bertembung dengan kereta, remaja tercampak dari motosikal sebelum jatuh jejambat tinggi 30 meter

Baca Juga: Bertuah sungguh anak – Ibu terkesima anak mandi telur, laju sangat buat kerja ni