MINOLTA DIGITAL CAMERA

Gara-gara populasi tikus meningkat, Bandar New York cari pekerja yang boleh ‘bunuh’ haiwan itu

  • Post author:

Tikus adalah sejenis haiwan yang kehadirannya tidak diundang sama ada di rumah kita atau di kedai makan.

Tikus juga sememangnya terkenal dengan ‘perangainya’ yang suka merosakkan barang, mencuri makanan sekali gus boleh membuatkan kita sakit hati.

Bagaimanapun, membasminya bukan perkara senang kerana ia adalah haiwan pemusnah yang cukup licik dan bijak melarikan diri.

Baru-baru ini, Bandar New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan.

Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya, Eric Adams mahu seseorang yang mempunyai aura “penuh kebencian” untuk mengetuai misi memerangi tikus.

Walaupun jawatan rasminya adalah pengarah mitigasi tikus, peranan itu telah digelar sebagai ‘czar’ tikus.

Gaji ditawarkan adalah sebanyak AS$ 120,000 (kira-kira RM526,500) hingga AS$170,000 (kira-kira RM745,875).

New York City cuba mengawal populasi tikusnya kerana peningkatan jumlah haiwan itu di taman dan di jalanan.

Inisiatif itu membabitkan jutaaan dolar di bawah bekas Datuk Bandar Bill de Blasio yang memperkenalkan lebih banyak kutipan sampah dan pemeriksaan perumahan yang lebih baik di kawasan kejiranan yang disasarkan.

Bandar itu juga menggunakan ais kering untuk melemaskan tikus di tempat persembunyian haiwan berkenaan.

Baca Juga: Bukan 10, tetapi 50 buah kereta Porsche dimiliki lelaki ini

Baca Juga: Teringin nak minum teh ais macam kat kedai, guna sahaja lima bahan ini