Gara-gara terima hadiah cermin mata, pembantu penguatkuasa PBT ditahan SPRM

Gara-gara menerima hadiah berupa cemin mata seorang pembantu penguatkuasa tempatan (PBT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Lelaki berusia 49 tahun itu dikatakan menerima cermin mata berharga lebih RM1,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap sebuah premis kerana melanggar peraturan Akta Kerajaan Tempatan 1976, pada Ogos 2020.

Suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini, jam 2.50 petang semalam sebelum direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos depan bagi membantu siasatan.

“SPRM menahan seorang pembantu penguatkuasa kerana disyaki menerima lima pasang cermin mata bernilai lebih RM1,000 daripada kedai cermin mata di sebuah daerah di Negeri Sembilan supaya premis itu tidak dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Majistret Intan Syafinaz Ros’lin membenarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 31 Ogos terhadap lelaki berusia 49 tahun itu di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi,” katanya.

Tambahnya, suspek yang diwakili peguam Mohd Redzuan Hakiim dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar Ogos 2020 ketika berkhidmat di sebuah majlis daerah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009.

Baca jga:

Culik bayi sebab comel, remaja perempuan ditahan

Baca juga:

Siapa belum sempat tonton Mat Kilau boleh layan di Netflix bermula 16 September ini