Gara-gara ubah suai Toyota ke Ferrari, lelaki berdepan dakwaan memalsu dan melanggar cap dagangan

  • Post author:

Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.

Bagaimanapun, baru-baru ini kreativiti seorang lelaki di Itali yang mengubah suai Toyota kepada Ferrari F430 memakan diri apabila taktiknya itu terbongkar dan bakal berdepan penjara.

Memetik Harian Metro, lelaki berusia 26 tahun itu didakwa atas pertuduhan memalsu dan melanggar cap dagangan selepas Ferrari F430 merah miliknya, sebenarnya adalah Toyota MR Coupé yang diubah suai.

Pasukan penguatkuasaan Itali, Guardia di Finanza membuat rampasan luar biasa itu ketika pemeriksaan rutin di bandar Asti.

Walaupun Ferrari merah menampilkan semua elemen ikonik F430, daripada logo kuda berlari pada bonet dan stereng kepada rim, brek dan lampu depan ikonik, ada sesuatu tentang kenderaan itu kelihatan pelik.

Tidak jelas sama ada pemandu itu mempunyai dokumen yang diperlukan untuk membuktikan keretanya adalah Ferrari F430 tulen atau tidak, namun pegawai polis memanggil pasukan pakar untuk mendapatkan kepastian sebelum terbongkar itu adalah Toyota MR Coupe yang diubah suai.

Walaupun kes ini pastinya bukan kali pertama, namun kes ini berbeza apabila tahap pemalsuan yang tinggi.

Daripada bingkai gentian karbon ringkas di atas casis biasa dan beberapa logo palsu, individu yang membuat F430 palsu ini melakukan kerja yang sangat cemerlang.

Kedua-dua bahagian luar dan dalam kereta itu diubah suai seperti F430 Ferrari yang dihasilkan antara 2004 dan 2009 di Maranello.

Menurut pakar yang mengesahkan pemalsuan itu, kereta itu juga menampilkan alat ganti dan aksesori Ferrari asli, menjadikannya lebih sukar dikenal pasti sebagai Toyota.

Media berita Itali melaporkan, kereta itu disita dan pemiliknya melaporkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Asti kerana menggunakan tanda dagangan berdaftar tanpa kebenaran.

Baca Juga:  Tokong Buddha kosong, semua sami kena angkut sebab positif dadah

Baca Juga: Tak pernah ‘miss’ tengok perlawanan JDT di stadium, hasrat 4 sahabat tak kesampaian