Gempa bumi landa tenggara Taiwan

  • Post author:

Pusat Operasi Kecemasan Pusat sudah diletakkan pada tahap berjaga-jaga tertinggi, berikutan gegaran susulan yang dijangka berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Taiwan Tsai Ing Wen selepas gempa bumi bermagnitud 6.8 melanda tenggara negara itu pada 2.44 petang semalam.

Bencana alam itu menyebabkan kerosakan meluas pada infrastruktur, bangunan dan kenderaan di Hualien dan Taitung.

Sebagai respons, kerajaan pusat menghantar anggota mencari dan menyelamat, kenderaan dan unit anjing dari kawasan lain ke timur Taiwan.

Menurut Pusat Tindak Balas Bencana Daerah Hualien, gempa bumi itu menyebabkan jambatan Gaoliao dan Luntien di kawasan itu runtuh dan Jambatan Yuli turut mengalami kerosakan.

Tsai menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap bahaya aktiviti seismik yang berterusan, sambil menambah beliau sentiasa menerima laporan daripada agensi yang terbabit dengan tindak balas bencana Taiwan.

Baca Juga: Kes amang seksual pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR

Baca Juga: Etnik Rohingya sanggup habiskan RM7,000 demi kad UNHCR