Sakit hati apabila anak perempuan disepit ketam, seorang bapa di China nekad makan ketam hidup-hidup. Namun tindakannya membawa padah apabila dia disahkan tenat akibat perbuatannya itu.
Lu, 39, dikatakan marah selepas anaknya menjerit kesakitan selepas dikepit ketam ketika mereka berada di dalam air. Tak berfikir tentang akibat mendatang, lelaki tersebut dikatakan terus mengambil ketam dan makan hidup-hidup.
Dua bulan kemudian, meid ame;aporkan Lu dimasukkan ke hospital akibat sakit perut dan belakang yang kritikal sebelum dia disahkan mengalami penyakit penghadaman yang jarang berlaku iaitu ‘eosinophilic gastroenteritis’.
Pakar perubatan mengesahkan terdapat perubahan patologi pada dada, perut, hati dan sistem penghadamannya.
“Kami berulang kami bertanya kepada Lu jika dia pernah terlibat dalam peraduan makan atau permainan yang pelik sehingga boleh mencetuskan alahan teruk, namun dia menjawab tiada.
“Kemudian, isterinya teringat bahawa Lu pernah makan ketam hidup secara mentah dan itu menjadi punca kepada penyakitnya,” kata Dr. Cao Qian di hospital di Hangzhou.
Jelas Qian, lelaki itu mengakui ‘mahu membalas dendam terhadap ketam itu’ hanya kerana haiwan tersebut menyepit anak perempuannya. Ujian darah menunjukkan Lu dijangkiti sekurang-kurangnya tiga parasit selepas dia makan ketam berkenaan.
Lu dikatakan sudah beransur pulih, namun masih memerlukan rawatan lapor Utusan.
Baca Juga: Bedah hidung persis artis K-pop-Lana Nordin tak kisah kecaman sudah rujuk pakar agama
Baca Juga: Kapal bocor di lautan bergelora: Ada bertungkus lumus, ada yang tidak endah apa yang berlaku