Gudang runtuh di Brazil, sekurang-kurangnya 9 maut

  • Post author:

Sekurang-kurangnya sembilan maut selepas sebahagian daripada sebuah gudang berhampiran bandar Sao Paulo, Brazil runtuh, semalam.

Kejadian itu juga berlaku ketika dua calon Kongres, Jones Donizette dan Ely Santos sedang melawat syarikat kontena Brazil Multiteiner apabila sebahagian daripada struktur konkrit di dalam gudang itu runtuh menimpa mereka dan pekerja syarikat.

Donizette dalam hantaran di laman sosialnya memberitahu, beliau dan Santos kedua-duanya telah diselamatkan, tetapi jabatan bomba tempatan menyatakan sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam runtuhan itu.

Susulan kejadian itu, jabatan bomba memaklumkan, 31 orang telah diselamatkan dan 28 daripada mereka dibawa ke hospital berdekatan.

Walaubagaimanapun, jurucakap pasukan itu yakin masih terdapat lebih ramai orang yang terperangkap di bawah serpihan.

Baca Juga: Rogol dua anak kandung, lelaki dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan

Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang