Ketika anak sudah menginjak usia dewasa maka ibu bapa juga akan meningkat usianya kepada lebih tua. Walaupun jarang berlaku namun masih ramai yang mengambil sikap tidak peduli perihal ibu bapa yang sudah tua.
Urusan mereka tidak lagi boleh dilakukan sendiri samalah macam kita masa muda, setiap urusan pasti mahu diiringi ibu bapa, masuk klinik pun nak ibu yang cakap sakit apa tapi bila ibu dah tua dan sakit kita abaikan sahaja.
Betul apa yang orang cakap, manusia hanya pandai menghargai bila sudah kehilangan. Saat itu mengalir air mata darah sekalipun tak akan dapat kita ulang waktu untuk menolong mereka ketika mereka susah.
Seorang wanita berkongsi di Facebook milik Arni Suhaila Rahmat mengenai sistem yang digunakan dia dan lima adiknya untuk membantu ibu bapa mereka. Di mana setiap orang perlu mengambil giliran untuk membantu urusan ibu bapa mereka.
“Aku ada 5 adik, aku nombor dua. Kakak aku dah tak ada. Bila dah ramai adik beradik ni wajib ada sistem peraturan yang tak membebankan satu sama lain.
“Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami. Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar ‘gaji’ pada ahli yang sanggup ambik giliran dia.”
Pastinya akan ada sahaja alasan yang diberikan untuk mengelak sedangkan itulah satu-satunya ibu bapa kita. Tak mustahil satu hari nanti anak pula akan layan kita sama seoerti cara kita melayan ibu bapa kita.
“Mak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk jaga kebajikan mereka. Mereka ladang pahala buat kita selagi mereka masih hidup. Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujang la selalu diambil kesempatan.
“Kena ambik cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.”
Bukan berkira tapi mahu adil
“Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan. Siapa nak pahala lebih silakan buat, tapi nak ‘lari’ dari tanggungjawab tak boleh!.
“Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat ‘asyik aku je kena bila ada hal mak ayah’.”
Kalau la masa kita sakit dan ibu bapa buat beribu alasan untuk tak bawa kita jumpa mesti dah ramai anak yang buat ‘content’ dekat media sosial tapi sebab ibu bapa dah tua dia tak boleh tunjuk perangai hina anak-anak ini.
Jangan hanya pandai tangisi yang sudah pergi jika tak pandai menghargai yang masih hidup.
Baca Juga: Bapa Adam Mika buat laporan polis, nafi anak buat video tak senonoh