Guna sistem Maqam buat tempahan umrah, mohon visa

  • Post author:

Jemaah asing kini boleh membuat tempahan menunaikan ibadah umrah serta mendapatkan visa melalui platform elektronik Maqam.

Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Menurut laporan Arab News, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha memperbaiki prosedur dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan berhubung perkara itu.

Kementerian itu berkata, sistem dalam talian terbabit membenarkan jemaah memilih pakej umrah daripada ejen sah di negara masing-masing, dan melengkapkan prosedur permohonan visa yang diperlukan.

Apabila proses memperoleh kelulusan itu selesai, mereka akan menerima nombor rujukan.

Selepas berjaya melakukan pembayaran secara dalam talian, visa dikeluarkan melalui platform itu dalam tempoh 24 jam.

Visa terbabit sah selama 90 hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Bukan itu saja, jemaah juga boleh menggunakan portal berkenaan untuk menempah penginapan dan penerbangan pergi balik Makkah, Jeddah serta Madinah; selain mengatur perjalanan domestik di Arab Saudi.

Kementerian itu menjelaskan, visa terbabit membolehkan jemaah bebas melawat beberapa bandar bagi lebih mendalami kepelbagaian budaya di Arab Saudi.

Baca Juga: Mahu namakan bayi ketiga dengan nama perempuan simpanan, Adam Levine curang

Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang