Seorang lelaki sanggup menggunakan wang simpanannya sebanyak RM1,ooo untuk bina bangsal terapung bagi menyelamatkan barang perkakasan rumah kerana dilanda banjir di setiap tahun.
Tambahan cuaca yang tak menentu seperti dahulu, sekurangnya apabila tiba musim banjir maka senang untuk bersiap sedia namun kali ini kebanyakan banjir yang berlaku adalah banjir kilat.
Memetik Kosmo, penduduk di Kampung Tok Rusa itu membina bangsal kayu dengan menggunakan enam tong sebagai pelampung dijadikan tempat untuk menyimpan barangan perkakasan rumah dan elektrik daripada rosak ditenggelami banjir.

Fauzi Dollah, 59, menyatakan dia menggunakan kanvas sebagai bumbung bangsal untuk melindungi barangan perkakasan rumah.
“Ini merupakan salah satu usaha saya untuk menyelamat harta benda memandangkan setiap tahun kawasan rumah sering ditenggelami banjir.
“Hanya anak-anak dan isteri yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), manakala saya akan bermalam di rumah kerana bimbang harta benda dicuri,” katanya.
Buat persediaan awal hadapi banjir
Langkah itu dibuat sebagai persediaan awal banjir sebaik sahaja air Sungai Golok mula melimpah masuk ke kawasan rumah. Faktor cuaca yang tak menentu menjadi sebab utama dia menyimpan barangan di tempat selamat.
“Setiap kali banjir, air yang masuk ke dalam rumah biasanya akan mencecah satu meter. Meskipun sudah biasa, namun kami tetap perlu waspada,” ujarnya.
Baca Juga: Presiden Pas diminta hadir ke Balai Polis Sentul petang ini